Skip to main content

Salam Ramadhan

Dikesempatan pagi yang mulia ini saya sekeluarga ingin mungucapkan Salam Ramadhan 1432H dan selamat menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah... sekarang ini kita berada pada hari ke 14 bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhoan Allah.

Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

"Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah saw bersabda "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah "Aku sedang berpuasa". Sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka".

Comments

Popular posts from this blog

Design Dalaman Kak Yah Salon

Puasa Ramadhan & Kelebihannya

Puasa di bulan Ramadhan tidak boleh ditetapkan begitu sahaja bahkan ia wajib diketahui melalui melihat anak bulan atau telah cukup 30 hari bulan sya'aban. Sabda Rasulullah: لا تقدموا رمضان بيوم أو يومين صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فإكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما Yang bermaksud : Jangan kamu mendahului puasa dan berbuka puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan ramadhan dengan cara melihat anak bulan, jika tidak kelihatan maka hitunglah sehingga cukup 30 hari dalam bulan sya'aban. Dan ketahuilah bahawa kefardhuan puasa dibulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya. Dan kewajipan berpuasa dikira sebagai satu kewajipan diatas semua orang Islam samaada alim ataupun jahil, maka barangsiapa yang mengingkari akan kewajipannya maka dia adalah kafir. Adapun sesiapa yang tidak berpuasa tanpa uzur yang dibenarkan dan dia masih lagi beriktiqad